BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
There was an error in this gadget

Sunday, August 11, 2013

salam aidilfitri

salam aidilfitri semua. semua mst dlm keadaan kenyang ketupat ,lemang dan samperit kan?haaa mcm mna puasa ? selama sebulan puasa , aku bole hafal kesemua yg berlaku selama sebulan tu. tiap tiap hari jadual perkara yang sama. biasa lah hidup budak yg tinggal di hostel. tahun nih aku sambut ramadhan dekat institut kemahiran belia dan sukan negara. jauh dari keluarga lagi tahun nih. aku nk start cerita perjalanan bulan puasa aku,kalau boring bole lah tutup link blog nih.haha oke okeeee,aku start dengan sahur. sahur aku bangun pkol 5 pagi.bangun dengan kejutan dari roomate aku. handfone yang duduk tepi telinga aku tu bunyi dan berderinggg saja saja.tak penah aku nk bangun kalau bukan roomate aku sendiri yg kejutkan. itu mmg membazir bateri.sebangunnya aku dari katil aku,aku akan basuh muka dan mula lah berjalan kaki ke dewan makan. makanan sahur yg dihidangkan sedap tak ? ohhh maigadd soalan. semestinya lah sedappp. ikan kering , ayam masak kurma tawar , ayam masak kicap tak pasti itu kicap atau sos , gulai ikan masin yg mmg umphhhh dia punya masin. tapiiii takpa, syukur syukur dapat juga aku makan. org palestin nuh kadang kadang tak dapat mkn tau. kita dok malaysia kena bersyukur. selesainya sahur aku balik bilik dan salin pakai kain pelikat bersama tshirt berkolar bulat disertakan bersama sama songkok lalu berjalan lah aku utk kesurau utk menunaikan solat subuh berjemaah. selesai subuh jemaah , aku akan balik tido setengah jam sebelum bangun pkol 7 pagi utk mandi dan ke kelas. mula jadual kelas dengan beratur dipadang kawad dari pkol 7.30pagi- 5petang.aktiviti kelas biasa biasa ja. maklum la aku berlajar menjahit. so,perkara wajib mestilah aku tgok mesin jahit, benang, jarum, kain, kapur, pita mengukur dan lain lain. nk buat mcm mna,inilah hidup aku. sepulangnya dari kelas ,aku tak mandi pon.salin salin baju terus turun ke padang utk bermain bola tampar atau pon badminton.itu lah rutin harian aku.ohhhh ohhhh ohhh mengeluh.aku akan bermain sehinggalah waktu berbuka puasa.berbuka puasa didewan makan mcm biasalah,beratur ambil makanan. habis makan bersiap siap utk solat magrib. habis magrib solat isyak dan teruskan dengan tawareh. selesai tawareh adalah mkn mkn sikitttt. habis tu balik bilik tido. esok nya bangun dimulakan dengan sahur kembali. aktiviti ini dilakukan selama sebulannn. oh maigaddd boring dak ? sbb boringlah ,kepulangan ku beraya tahun ini sangat mengembirakannnnn . raya ku bnyk di depan television. ini nama nya meriah nya raya. ohjyeahhh!!!

keluarga haris dan roshiati

ini anak sulung pakcik haris

hari first kena beraya dgn ehem ehem


hmmmm,tak bnyk gambar raya tahun nih sebab tak bergambar pon dgn mmbe mmbe.maklum lah tahun nih ramai yg busy kan kan kan kan. hmm busyyy la sangat kan kan kan kan kan. hm,takpa tahun depan kita raya kita bergmbar nah kawan kawan nah.nah nah nah. hmm


Tuesday, August 6, 2013

hari penyampaian sijil Giat Mara alor setar (GMAS)

pada tarikh 27hb jun 2013 maka berlangsung lah termasya yg sangat berprestis di hotel bustani ,jitra. termasya yg disebutkan tadi ialah penyampaian sijil tahap satu jahitan pakaian wanita. wahhhh klu dengar awal awal tadi mcm hebat. padahal saja ja aku buat sembang rancakkk. hm,haari nih lah hari last jumpa kwn kwn dekat giat mara. rindu tu mmg lah. tapi takpa ,setiap org ada haluan masing masing.semoga mereka berjaya tempuh hari mendatang.aduuhhhh sedih plakkkkkk :'( dulu aku dah rasa kehilangan kwn kwn di politeknik. kini ku merasa nya lagi. alah bisa tegar biar . ehhhh masuk tak pepatah aku ? ==' hmmm,sejarah hidup aku di giat mara sangat lah singkat tapi ianya sangat lah berwarna warni. bkn sebab aku jahit baju yg berwarna warni tapi sebab aku kenal susah nya belajar kemahiran dan susah nya nk hidup klu tak pandai akedemik mcm aku nih. di samping itu ,saya nk nasihat adik adik belajar lah rajin rajin. bkn senang nk senang. saya disini mendoakan kejayaan adik adik. cewahhhh :p


barisan barisan lelaki harapan giat mara dan negara

aku dlm dukungan rakan. bertapa sweet nya. 

barisan kelas jahitan pakaian wanita. bergaya nya aku disaat gwiyomi.hahaha

alamakkkk terupload gambar nih plak. eh padahal nk kenalkn ini lah bff secara rasmi

ini hero giat mara alor setar. eh hahaha



Thursday, February 28, 2013

PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

seperti tajuk yg terpapar diatas ,maknakata post blog saya kali ini ialah menceritakan mengenai pertahan awam. saya tak menceritakan pon mengenai sejarah , visi atau misi pertahanan awam tapi cuma ingin ceritakan pengalaman saya semasa menjalani kursus asas pertahanan awam di daerah padang terap pada hari yg saya tak igat haribulan. seperti yg di gembar gemburkan oleh kakitangan pertahan awam yg kami akan menjalani kursus ini selama 3 hari 2 malam. persediaan homestay disediakan dan kolam renang disediakan. perjalanan dijanji amat selesa :) tanpa berlengahkan masa pembaca maka aku percepatkan perjalan cerita blog kali ini. semasa sampai nya aku ditempat tersebut ,aku hamya terpandang sebuah padang dan sebuah astaka seperti semuah stadium mini. tiada homestay ,tiada air terjun,tiada kolam renang. oke ini dinamakan kena getah bagi loghat kedah.hahaha tido berbekalkan khemah dan mandi dlm kolah yg dishare 102 org perserta. ini baru camping mereka kata . tapi tapi tapi,keseluruhan kem ini sangat mengembiraakan sbb susun atur jadual utk kem ini tidak terlalu meletihkan. padahal kannnn ,aku pengsan dan muntah semasa kawad kaki semasa penutup. aku pengsan dalam kawalan. oh malu... pity pity. hm,tapi takpa,ramai tak nmpk.HAHA


wakil wakil dari daerah kota setar 






dari tengah tu wakil dari langkawi dan dikepit ole dua teruna wakil alor setar.cewahh





yang bernaju biru tu TUAN HASSAN tenaga pengajar kami







yang ini mungkin skuad pemain bawah 21 malaysia.HAHA

Wednesday, October 17, 2012

perkhemahan di ulu paip,kulim

Hai,assalammualaikum rakan blogger :) hmm,saya datang lagi dengan cerita cerita yg menarik. Eh eh eh menarik la sgt.haha nk cerita sikit pasal perkhemahan kami berempat pada hari khamis yg tak bopa ingat berapa hari bulan tu. Kami bertolak pada pukul 7 petang dan 7.30 petang kami smpai. Tak jauh mna pon. Keadaan masa kami sampai ialah suasana sejuk selepas hujan. Kalah cameron highland. Haha hm,aktiviti pertama ialah kutip kayu api yg telah basah sbb mna ada kayu api kering selepas hujan.:) dua jam bertungkus lumus hidupkan kayu api. Keadaan lapar itu lah buat kami gagahi jua hidup kan kayu api. Dua hari satu mlm perkhemahan kami tu makan maggi ja. Mmg survivor betul =='


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, September 11, 2012

semester 5 .

Dia mai dia mai dia mai dia mai ! Apa yang mai? Ilham ilham. You known ilham? Oh oh,aku rindu blogger nih. Sumpah tak tipu. Sebulan sekali nk updated pon susah dan liat sbb sibuk berkempen nk mengundi.haha *tipu. Hm,nk cerita sikit pasal konvoi. Ini bkn cerita seorang mat rempit mcm filem bohsia tu. Tapi nih cerita konvoi ke bukit merah laketown resort. Oh mai seronok. Merdeka rasanya bila konvoi hari merdeka. Saat saat smpai tu muka burn mcm kulit ikan keli pon tak kisah. Sbb enjoy kan. Sapa tak enjoy mandi satu kolam ngn amoi pakai baju renangggg. Oh nikmat mata nikmat mata.haha. Hmmm,tak bnyk gambo yg aku bole ambik sbb fone aku bkn sony xperia GO yg bole celup dlm air tu.haha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 9, 2012

secerita semasa semester 4.

Aku practikal selama 6 bulan. Masa ini lah aku hilang ingatan. Aku lupa yg aku ada blogger. Tapi takpa sekurangnya tuhan sedar kan aku sebelum terlambat.haha hmm,aku nk cerita sikit ja pasal practikal. Aku kna kilang servis .kilang nie servis mesin kilang padi bernas.  Kerja nya mudah utk dilihat susah utk dibuat :'( tapi takpa bro ! Aku dh repair mesin beras tuh .kalau bukan aku mst korang kna puasa sbb beras tak stok baru.haha.


Published with Blogger-droid v2.0.4