Sunday, August 11, 2013
salam aidilfitri
Tuesday, August 6, 2013
hari penyampaian sijil Giat Mara alor setar (GMAS)
pada tarikh 27hb jun 2013 maka berlangsung lah termasya yg sangat berprestis di hotel bustani ,jitra. termasya yg disebutkan tadi ialah penyampaian sijil tahap satu jahitan pakaian wanita. wahhhh klu dengar awal awal tadi mcm hebat. padahal saja ja aku buat sembang rancakkk. hm,haari nih lah hari last jumpa kwn kwn dekat giat mara. rindu tu mmg lah. tapi takpa ,setiap org ada haluan masing masing.semoga mereka berjaya tempuh hari mendatang.aduuhhhh sedih plakkkkkk :'( dulu aku dah rasa kehilangan kwn kwn di politeknik. kini ku merasa nya lagi. alah bisa tegar biar . ehhhh masuk tak pepatah aku ? ==' hmmm,sejarah hidup aku di giat mara sangat lah singkat tapi ianya sangat lah berwarna warni. bkn sebab aku jahit baju yg berwarna warni tapi sebab aku kenal susah nya belajar kemahiran dan susah nya nk hidup klu tak pandai akedemik mcm aku nih. di samping itu ,saya nk nasihat adik adik belajar lah rajin rajin. bkn senang nk senang. saya disini mendoakan kejayaan adik adik. cewahhhh :p
Thursday, February 28, 2013
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
seperti tajuk yg terpapar diatas ,maknakata post blog saya kali ini ialah menceritakan mengenai pertahan awam. saya tak menceritakan pon mengenai sejarah , visi atau misi pertahanan awam tapi cuma ingin ceritakan pengalaman saya semasa menjalani kursus asas pertahanan awam di daerah padang terap pada hari yg saya tak igat haribulan. seperti yg di gembar gemburkan oleh kakitangan pertahan awam yg kami akan menjalani kursus ini selama 3 hari 2 malam. persediaan homestay disediakan dan kolam renang disediakan. perjalanan dijanji amat selesa :) tanpa berlengahkan masa pembaca maka aku percepatkan perjalan cerita blog kali ini. semasa sampai nya aku ditempat tersebut ,aku hamya terpandang sebuah padang dan sebuah astaka seperti semuah stadium mini. tiada homestay ,tiada air terjun,tiada kolam renang. oke ini dinamakan kena getah bagi loghat kedah.hahaha tido berbekalkan khemah dan mandi dlm kolah yg dishare 102 org perserta. ini baru camping mereka kata . tapi tapi tapi,keseluruhan kem ini sangat mengembiraakan sbb susun atur jadual utk kem ini tidak terlalu meletihkan. padahal kannnn ,aku pengsan dan muntah semasa kawad kaki semasa penutup. aku pengsan dalam kawalan. oh malu... pity pity. hm,tapi takpa,ramai tak nmpk.HAHA
Wednesday, October 17, 2012
perkhemahan di ulu paip,kulim
Hai,assalammualaikum rakan blogger :) hmm,saya datang lagi dengan cerita cerita yg menarik. Eh eh eh menarik la sgt.haha nk cerita sikit pasal perkhemahan kami berempat pada hari khamis yg tak bopa ingat berapa hari bulan tu. Kami bertolak pada pukul 7 petang dan 7.30 petang kami smpai. Tak jauh mna pon. Keadaan masa kami sampai ialah suasana sejuk selepas hujan. Kalah cameron highland. Haha hm,aktiviti pertama ialah kutip kayu api yg telah basah sbb mna ada kayu api kering selepas hujan.:) dua jam bertungkus lumus hidupkan kayu api. Keadaan lapar itu lah buat kami gagahi jua hidup kan kayu api. Dua hari satu mlm perkhemahan kami tu makan maggi ja. Mmg survivor betul =='
Tuesday, September 11, 2012
semester 5 .
Dia mai dia mai dia mai dia mai ! Apa yang mai? Ilham ilham. You known ilham? Oh oh,aku rindu blogger nih. Sumpah tak tipu. Sebulan sekali nk updated pon susah dan liat sbb sibuk berkempen nk mengundi.haha *tipu. Hm,nk cerita sikit pasal konvoi. Ini bkn cerita seorang mat rempit mcm filem bohsia tu. Tapi nih cerita konvoi ke bukit merah laketown resort. Oh mai seronok. Merdeka rasanya bila konvoi hari merdeka. Saat saat smpai tu muka burn mcm kulit ikan keli pon tak kisah. Sbb enjoy kan. Sapa tak enjoy mandi satu kolam ngn amoi pakai baju renangggg. Oh nikmat mata nikmat mata.haha. Hmmm,tak bnyk gambo yg aku bole ambik sbb fone aku bkn sony xperia GO yg bole celup dlm air tu.haha
Saturday, June 9, 2012
secerita semasa semester 4.
Aku practikal selama 6 bulan. Masa ini lah aku hilang ingatan. Aku lupa yg aku ada blogger. Tapi takpa sekurangnya tuhan sedar kan aku sebelum terlambat.haha hmm,aku nk cerita sikit ja pasal practikal. Aku kna kilang servis .kilang nie servis mesin kilang padi bernas. Kerja nya mudah utk dilihat susah utk dibuat :'( tapi takpa bro ! Aku dh repair mesin beras tuh .kalau bukan aku mst korang kna puasa sbb beras tak stok baru.haha.